Pembangunan Marang Sentral rancak pertumbuhan ekonomi setempat

news0001

Marang Sentral (MS) yang akan dibangunkan di tapak stesen East Coast Rail Link (ECRL) di Kampung Durian Guling, dekat sini, dijangka mampu memberi impak besar kepada penduduk setempat.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) Dr Alias Rameli berkata, kewujudan Marang Sentral bakal menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang aktif di kawasan sekitar.

"Kos pembinaannya MS ditentukan pihak ECRL, dan pembinaan ECRL ini melibatkan 20 stesen manakala di Marang, keluasan stesen iaitu antara lima hingga tujuh hektar.

"Untuk stesen (ECRL) Kuala Terengganu, kerajaan Persekutuan dan negeri sudah menyediakan satu pelan induk jajaran lima kilometer radius perancangan sudah ditentukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Perancangan Tempatan, Majlis Daerah Marang 2035 (Penggantian), di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sedia maklum dan bersetuju dengan pelan berkenaan.

"Walaupun ECRL belum siap lagi, pelan pembangunan sudah ada. Pelaburan datang dengan cara lebih mudah dan kita lihat ada impaknya kepada stesen dan kepada ekonomi tempatan selain sektor pelancongan," katanya.

-

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1017726/pembangunan-marang-sentral-rancak-pertumbuhan-ekonomi-setempat

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Talian Aduan : +6013-302 2366 (Whatsapp sahaja)

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001228277
  • Kemaskini Terkini : Ahad 31 Mac 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.