Terengganu naik taraf kemudahan pelancongan Pulau Kapas

news0002

Razali yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal melakukan tinjauan mengejut selepas isu itu tular menerusi Facebook (FB) dengan dakwaan terlalu banyak tol dikenakan kepada pelancong ke Pulau Kapas.

Melalui hantaran itu, pemilik FB Farah Azianti turut mendakwa tempat letak kereta tidak mencukupi dan kemudahan lain termasuk tandas di Pulau Kapas tidak setara dengan bayaran dikenakan.

Susulan itu, ramai netizen mencadangkan kerajaan segera mengatasi perkara berkenaan agar imej Pulau Kapas tidak terjejas sebagai destinasi pelancongan terkenal di negara ini.

Tinjauan ke jeti pelancongan Marang mendapati pelancong dikenakan bayaran penggunaan kemudahan oleh MDM sebanyak RM5, tambang bot (RM30) dan bayaran masuk ke taman laut (RM5) untuk pelancong tempatan manakala RM30 pelancong asing.

Tinjauan juga mendapati kerja-kerja membaikpulih tandas awam di kawasan jeti sedang giat dilakukan.

Mengulas lanjut, Razali berkata bayaran untuk tiket bot dan kemudahan oleh pengusaha bot serta MDM boleh disatukan, tetapi bayaran Jabatan Perikanan perlu perbincangan lanjut.

Katanya, kerajaan negeri juga akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pembinaan jeti terapung bagi memudahkan pengusaha bot menurunkan penumpang di Pulau Kapas.

"Apabila jeti terapung itu siap dibina, pengusaha bot diminta menurunkan penumpang di jeti disediakan dan bukannya di pantai," katanya.

-

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2023/09/1149623/terengganu-naik-taraf-kemudahan-pelancongan-pulau-kapas

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Talian Aduan : +6013-302 2366 (Whatsapp sahaja)

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001228277
  • Kemaskini Terkini : Ahad 31 Mac 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.