Sewaan

Image

Sewaan Premis MDM

  • Penyewa-penyewa premis majlis dikehendaki mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-kedua pihak di antara tuan punya premis iaitu Majlis Daerah Marang dengan Penyewa.

  • Penyewa dikehendaki menjaga dan memelihara premis, kelengkapan dan perkakasan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersih.

  • Penyewa juga hendaklah menjaga kebersihan di dalam premis dan persekitarannya.

  • Penyewa hendaklah membayar sewa pada tiap-tiap bulan kepada Majlis, sekiranya penyewa gagal membuat pembayaran sewa melebihi 3 bulan sewaan perjanjian sewa akan tamat dengan sendirinya.

  • Pihak Majlis akan mengenal pasti penyewa-penyewa yang mempunyai 3 bulan tunggakan sewa untuk pengesahan bagi pengeluaran Notis Tunggakan Sewa dalam tempoh 14 hari dan serahan satu salinan notis tersebut diberikan kepada penyewa berkaitan.

  • Tindakan susulan akan diambil selepas tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan supaya penyewa menjelaskan tunggakan sewa.

  • Notis kedua iaitu Notis Penamatan dalam tempoh 7 hari dikeluarkan berdasarkan Perjanjian Sewa bagi tindakan selanjutnya kepada penyewa sekiranya terdapat penyewa yang gagal menjelaskan bayaran tunggakan sewa.

  • Sekiranya masih gagal jelaskan bayaran dalam tempoh 7 hari yang diberikan akan dikeluarkan pula notis Kunci Bangunan dengan kelulusan SU/YDP . Notis kunci tersebut akan ditampal notis DIKUNCI pada premis berkenaan untuk makluman penyewa.

  • Notis kunci akan ditangguhkan sekiranya ada perundingan bayaran antara penyewa dengan persetujuan dan kelulusan YDP/SU.

  • Edarkan Fail kepada PPUU untuk tindakan perundangan bagi tuntutan sewa sekiranya masih ada tunggakan sewa selepas sewa ditamatkan.

Sewaan Dewan Dan Peralatan MDM

Jenis Sewaan Tujuan Kadar
Dewan MDM Permainan RM10 x jam
Perhimpunan (Dewan Kosong) RM200 / hari
Perkahwinan (Dewan Kosong) RM300 / hari
Peralatan MDM Kanopi 20"x20" (A Shape) RM180 / unit
ArmChair & Meja Kenat RM20 / unit
Kerusi 'A' RM3.50 / unit
Meja Bulat (Majlis Rasmi) RM15 / unit
Meja RM5 / unit
Kerusi Plastik RM0.50 / unit
Bunga Pasu Besar RM3 / pasu
Bunga Pasu Kecil RM1 / pasu
Rostrum RM50 / unit
Platform RM10 / unit

Pertanyaan / Informasi

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi En Zaimin bin Endut di talian 09-6182366 sambungan Unit Kemudahan Majlis Daerah Marang.

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Talian Aduan : +6013-302 2366 (Whatsapp sahaja)

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001228277
  • Kemaskini Terkini : Ahad 31 Mac 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.